Info-info yang berikut adalah dari pembacaan saya di National Library, Singapore pada 14.11.2010
- HCG (human chorionic gonadotrophin) adalah ujian yang dibuat untuk mengesahkan kehamilan kita. Ia terdapat dalam urin ibu hamil.
- Ambil pil vitamin Folic Acid untuk membantu kehamilan dan mencegah kecacatan pada sistem saraf pusat bayi atau pada tiub neural.
- Waktu subur dijangka pada 12-14 hari sebelum Period yang seterusnya.
- Tanda2 pengeluaran ovum dari tiub Falloppio adalah terdapat cairan daripada faraj dalam kuantiti yang agak banyak. Ianya jernih dan boleh ditarik2 (strechable).
- Ibu hamil boleh meneruskan senaman iaitu berjalan dan berenang. Tetapi joging, melompat dan berbasikal adalah tidak digalakkan bagi ibu hamil.
- Senaman seperti berenang dapat mengurangkan sakit belakang terutamanya ketika sedang sarat hamil.
- Selepas kandungan berusia 24 minggu, elakkan posisi terlentang terlalu lama kerana ia akan menyebabkan pengurangan aliran darah kepada janin.
- Kejang kaki (cramp) adalah disebabkan kurangnya zat kalsium atau garam dalam darah terutamanya pada bulan2 terakhir hamil. Dapatkan bantuan untuk mengurut betis yang sakit. Caranya : Tarik kaki ibu ke atas dengan tangan ayah (tarik ke arah ibu) dan jari mengarah ke atas.
- Kadar lendir yang dihasilkan oleh faraj akan bertambah semasa hamil kerana perubahan hormon yang tinggi.
- Kekerapan membuang air kecil adalah disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan menekan pundi kencing ibu. (Kurang semasa pertengahan hamil dan akan lebih kerap pada peringkat akhir kehamilan.)
No comments:
Post a Comment